Hargai Masa

klik sini

Friday, February 25, 2011

Keburukan menonton televisyen

          Hari ini, murid-murid banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Hal ini kerana, hampir semua rumah mampu memiliki televisyen. Terdapat beberapa keburukan menonton televisyen.
          Antara keburukan menonton televisyen adalah boleh melalaikan murid-murid. Mereka leka menonton dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Mereka pasti akan dimarahi guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Mereka juga tidak mengulang kaji pelajaran.
          

Wednesday, February 16, 2011

teka-teki

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe 

MALAS KE SEKOLAH

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!



Sunday, February 13, 2011

Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan

          Kemalangan jalan raya yang berlaku berpunca daripada kecuian pemandu, keadaan kenderaan, dan cuaca hujan. Kemalangan jalan raya boleh mengundang kecederaan dan kematian. Aku sendiri pernah menyaksikan kemalangan jalan raya.
          Kemalangan jalan raya ini berlaku ketika aku dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Kami menaiki kereta Proton Waja yang dipandu oleh ayah. Semasa memandu, tiba-tiba ayah dikejutkan oleh sebuah kereta yang memotong kereta kami dengan laju. Pemandu kereta itu membunyikan hon dan memasang lampu besar ketika memotong.
          Ayah menggelengkan kepala melihat sikap pemandu tersebut. Lebih kurang 15 minit kemudian, tiga-tiba pergerakan kenderaan di hadapan kami menjadi perlahan. Rupa-rupanya telah berlaku kemalangan yang mengerikan. Sebuah kereta melangar belakang sebuah bas dan kedua-dua buah kenderaan itu terbalik di tengah jalan.

Tuesday, February 8, 2011

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

          Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah.
          Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
          Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku  menangis terus mendekati dan bertanya  mengapa aku menangis.
          Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
          Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
          Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.