Hargai Masa

klik sini

Sunday, February 13, 2011

Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan

          Kemalangan jalan raya yang berlaku berpunca daripada kecuian pemandu, keadaan kenderaan, dan cuaca hujan. Kemalangan jalan raya boleh mengundang kecederaan dan kematian. Aku sendiri pernah menyaksikan kemalangan jalan raya.
          Kemalangan jalan raya ini berlaku ketika aku dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Kami menaiki kereta Proton Waja yang dipandu oleh ayah. Semasa memandu, tiba-tiba ayah dikejutkan oleh sebuah kereta yang memotong kereta kami dengan laju. Pemandu kereta itu membunyikan hon dan memasang lampu besar ketika memotong.
          Ayah menggelengkan kepala melihat sikap pemandu tersebut. Lebih kurang 15 minit kemudian, tiga-tiba pergerakan kenderaan di hadapan kami menjadi perlahan. Rupa-rupanya telah berlaku kemalangan yang mengerikan. Sebuah kereta melangar belakang sebuah bas dan kedua-dua buah kenderaan itu terbalik di tengah jalan.

No comments:

Post a Comment